Selasa, 31 Mei 2011

Hati-hati Bila Berbelanja

Keadaan ekonomi sekarang merupakan waktu yang agak mencabar
 bagi kita; maka,  inilah waktu yang terbaik untuk kita menilai 
kedudukan kita.  Malah, adalah lebih penting untuk kita ketahui 
di mana kedudukan kewangan kita dan mula meniliti ke mana 
wang kita dibelanjakan. Jika tidak,  kesukaran yang akan kita 
hadapi bukan hanya untuk bertahan, malah segala matlamat 
masa hadapan pun mungkin tidak tercapai.
Mengira Nilai Bersih Anda
Langkah permulaan anda adalah untuk mengambil tahu Nilai Bersih 
anda. Ataupun, dalam bahasa yang mudah, mencari kedudukan kewangan 
kesuluruhan anda. Mulakanlah dengan senarai aset : harta (dan nilai 
pasarannya) kepunyaan anda  yang boleh dijual. (Lihat Kertas kerja 1: 
Penyata Nilai Bersih
Kemudian senaraikan pula liabiliti: baki-baki hutang anda dengan pihak ketiga 
(bank, syarikat-syarikat kewangan, pusat membeli belah, kad kredit dan 
sebagainya).
Tolakkan jumlah liabiliti (jumlah dari senarai liabiliti anda) dari jumlah asset 
(jumlah nilai senarai aset anda), dan anda akan dapati Nilai Bersih anda: 
inilah satu-satunya nilai yang menentukan kedudukan kewangan anda.
Jika perbezaan antara harta dan hutang anda memberi nilai yang positif, 
ini bermakna anda mempunyai Nilai Bersih yang positif. Sebaliknya, jika ia 
didapati negatif, anda sedang menanggung kerugian (“insolvent”).
Analisa Aliran Tunai Bulanan Anda
Selepas mengenalpasti keseluruhan status kewangan anda, langkah yang 
seterusnya adalah menganalisa pengaliran tunai bulanan anda. Ini akan 
menunjukkan ke mana arah anda – sama ada anda mengumpul wang, 
bertahan atau terus dibelenggu hutang. Anda boleh mengetahuinya dengan 
memeriksa pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. (Lihat Kertas kerja 2: 
Penyata Aliran Tunai)
Jika anda mempunyai wang lebih pada akhir bulan setelah menjelaskan semua 
perbelanjaan (ya, kami faham, ramai orang mungkin curiga dapat menhasilkan 
wang lebih setiap bulan – bak kata “kais pagi makan pagi”), nilai bersih anda 
akan meningkat, dan anda harus menyimpan atau melaburkan baki yang lebih ini.
 Sebaliknya pula, jika anda tidak dapat menampung keperluan bulanan, anda harus 
pula mengubahsuaikan perbelanjaan agar anda dapat membayar semua bil atau
 komitmen anda.
Tidak kira walau ke mana arah kewangan anda, ketetapan anda untuk 
memeriksa perbelanjaan anda secara berterusan adalah penting untuk 
anda berjaya menguruskan wang, terutamanya dalam tempoh yang sukar 
seperti sekarang.
Berikut adalah beberapa perkara penting untuk dipertimbangkan dalam 
perbelanjaan utama anda.
Pendidikan
Penidikan merupakan satu perkara penting dalam pertimbangan dalam pelan 
kewangan anda. Walaupun kita perlu menanggung kos untuk mendapatkan ijazah 
atau sijil di kolej, perbelanjaan ini biasanya salah satu pelaburan terbaik yang boleh 
kita dilakukan. Secara purata, seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi 
dan kemahiran kerja yang memenuhi kehendak pasaran selalunya mendapat 
pendapatan yang lebih. Mendapatkan pendidikan tambahan adalah salah satu 
pelaburan terbaik yang harus kita lakukan.
Pengurusan hutang
Pada dasarnya berhutang bukanlah satu idea yang teruk. Yang mencabar tentang 
berhutang adalah selain membayar semula pokok hutang (jumlah asal yang 
dipinjam), kita juga harus membayar faedah yang dikenakan atas baki hutang 
tersebut. Bagi pinjaman 30 tahun untuk perumahan, umpamanya, peminjam akan 
membayar lebih dua kali ganda nilai pembelian rumah tersebut, disebabkan oleh 
tambahan yang diperlukan untuk membayar faedahnya. Jadi, jika kita boleh 
mengelak diri dari meminjam wang, ini adalah lebih baik untuk jangka masa panjang.
Walau bagaimanapun, kita mungkin amat memerlukan pinjaman wang dalam situasi 
yang lain pula.  Anda memerlukan pinjaman samada dalam perniagaan, pembelian 
rumah atau kereta. Walaupun pinjaman dibuat atas alasan tersebut, adalah lebih baik 
untuk anda mempunyai sedikit wang tambahan di dalam bajet anda untuk waktu 
kecemasan. Kecemasan dan perbelanjaan yang tidak terduga selalunya timbul 
bila-bila masa sahaja.
Oleh itu, anda haruslah berhati-hati sebelum melibatkan diri anda dalam apa-apa 
komitmen hutang. Hutang yang tidak dilangsaikan serta-merta akan bertambah 
banyak tanpa disedari anda.
Membeli rumah
Selain kos tambahan yang berkaitan dengan pembelian rumah seperti bayaran
 pendahuluan (selalunya 10 atau 20 peratus dari harga pembelian) dan yuran
 ansuran, anda harus membuat pertimbangan mengenai kos urus-selia dan 
lain-lain yuran yang berkaitan.
Jika anda membuat keputusan untuk menjual rumah anda, bayaran yuran ejen
 hartanah perlu dibayar terlebih dahulu. Selain itu terdapat juga beberapa kos
 pentadbiran seperti duti stem, yuran guaman dan sebagainya serta bayaran
 denda terhadap pinjaman perumahan jika rumah tersebut dijual dalam tempoh
 wajib (“lock-in period”) pinjaman tersebut. Perkara-perkara ini akan menambah
 beberapa peratus harga jualan asal. Oleh sebab kos-kos tambahan ini, sesiapa
 yang ingin membeli rumah hanya untuk tinggal di dalamnya untuk jangkamasa 
yang pendek dan kemudian menjualnya semula, hendaklah membuat keputusan 
tersebut dengan pengetahuan kewangan yang waras.
Ciri-ciri lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli rumah adalah keadaan
 pasaran hartanah (samada nilai rumah-rumah di kawasan tersebut sedang naik 
atau merosot), lokasi (rumah di lokasi permintaan ramai selalunya boleh dijual
 dengan sambutan yang lebih baik) dan samada rumah tersebut akan memenuhi
 keperluan anda dan juga keperluan pembeli yang akan datang.
Pengangkutan atau transpot
Mempunyai kereta sendiri memberi seseorang itu satu kemudahan yang indah,
 tetapi ia boleh memakan sebahagian besar dari bajet perbelanjaan atau 
persendirian anda. Jika anda tidak mampu membeli sesebuah kereta, jumlah 
perbelanjaan yang berkaitan dengannya akan meningkatkan harganya lebih 
dari harga asal yang disangkakan, apatah lagi perbelanjaan seperti insuran, 
kos memperbaiki & penjagaan dan bayaran ansuran pinjaman. Memandangkan 
juga kenaikan harga minyak sekarang, menggunakan pengangkutan awam 
(bas, LRT, komuter, dsb.) mungkin menjadi pilihan yang lebih munasabah. 
Walaupun tidak semudah menaiki kereta sendiri, pilihan ini tetap lebih murah.
Tetapi jika kita tiada pilihan lain dan terpaksa membeli kereta oleh sebab 
ketiadaan pengangkutan awam di kawasan tinggal atau disebabkan alasan-
alasan sah yang lain, kita mesti pastikan kemampuan kita untuk membayar 
segala kos-kos yang terlibat, terutamanya kos minyak dan
 penyelenggaraannya.
Makanan
Kos makanan merupakan satu lagi bahagian utama dalam bajet sesuatu
 keluarga. Secara am, membeli secara borong kemudian menyediakan 
makanan di rumah adalah lebih menjimatkan daripada membeli barang 
makanan yang telah diproses dan makan luar di restoran. Tambahan pula,
 ramai keluarga mendapati bahawa menyara kebun atau tapak tanaman 
sayur-sayuran sendiri juga membantu dalam mengurus bajet makanan 
mereka.
Pakaian
Kita tidak dapat menafikan bahawa setiap orang perlukan pakaian; 
sebaliknya, di sini juga kita berpeluang untuk berjimat cermat. Jika 
kita merancang pakaian yang akan memenuhi almari kita, bajet 
pakaian dapatlah dikawal, dan tidaklah berlebihan kerana membeli
 sesuka hati pada bila-bila masa. 
Membeli pakaian yang berkualiti, dan bergaya tradisional boleh 
menjimatkan dalam jangkamasa yang agak panjang. Pakaian sebegitu
 boleh tahan lama dan akan bertahan melalui dunia fesyen yang sering 
berubah; pendekatan ini lebih murah dalam masa panjang daripada
 membeli pakaian yang kurang berkualiti atau yang mengikuti fesyen 
terkini.
Simpanan
Tidak ketinggalan pula, kita harus fokus kepada tabiat menyimpan wang.
 Walaupun simpanan sering dianggap sebagai suatu yang mewah, 
ia sepatutnya dari awal lagi dimasukkan dalam bajet setiap rumahtangga.
 Sebabnya mudah sahaja: Waktu-waktu kecemasan atau perbelanjaan
 yang tidak diduga akan timbul pada bila-bila masa sahaja. Dengan adanya 
simpanan, kita sudahpun bersedia untuk mengurangkan kesan malapetaka
 itu. Dari sudut aspek ini juga, simpanan wang boleh dianggapkan sebagai
 perbelanjaan yang ditangguh untuk masa hadapan. 
Selain dari mengadakan dana simpanan untuk kecemasan, banyak lagi alasan 
yang boleh diberi bagi menyimpan wang, seperti perbelanjaan dirancang untuk
 membeli rumah, kereta, barang-barang persendirian, rancangan pendidikan
 dan juga matlamat untuk meninggalkan dana pusaka. Kesemua matlamat-
matlamat kewangan ini memerlukan satu elemen yang sama, iaitu disiplin 
diri untuk tetap menyimpan sejumlah amaun minima, malah amaun yang 
semakin bertambah, ke arah dana simpanan anda.
Anda juga harus awasi berbagai-bagai kaedah periklanan yang mencuba
 mengubah minda anda ke arah yang berlawanan. Mereka sentiasa memberi 
galakan untuk “beli sekarang, bayar kemudian” dan pandai pula menipu minda
 anda dengan anggapan bahawa gaya hidup serba mewah ini adalah sebenarnya
 ganjaran hidup anda. Disiplin diri untuk menyimpan wang, dan pemikiran waras
 yang mengetahui waktu yang sesuai untuk membeli-belah, adalah asas terpenting 
dalam usaha anda untuk membina dana kewangan masa hadapan yang berjaya.
Kami berharap, kami telah dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan yang 
bermanfaat untuk memperbaiki pengurusan Aliran Tunai anda, dan juga meninggikan
 tahap Nilai Bersih anda. Pada minggu hadapan, kita akan menemui pula topik yang
 boleh memberi anda pendekatan untuk bertahan dalam zaman inflasi ini.

Kertas kerja 1: Penyata Nilai Bersih
NAMA SAYA
PENYATA NILAI BERSIH
pada…..
ASET
RM
RM
LIABILITI/
NILAI BERSIH
RM
RM
Tunai/Setara Tunai
Liabiliti Semasa
Akaun Simpanan
Baki Bil Kad Kredit
Akaun Simpanan Tetap
Akaun Overdraf
Nilai Tunai (Ins Nyawa / Takaful)
Aset-Aset Pelaburan
Liabiliti Jangka Panjang
Amanah Saham
Pinjaman Rumah (Kediaman)
Saham Disebut Harga
Pinjaman Pelaburan Hartanah
Pelaburan Hartanah
Baki Pinjaman Kereta
Baki Akaun KWSP 
Aset Persendirian
NILAI BERSIH
Rumah Kediaman
Kereta
Kandungan Rumah
JUMLAH ASET
JUMLAH LIABILITI /  NILAI BERSIH
Kertas kerja 2: Penyata Bulanan Aliran Tunai
NAMA SAYA
PENYATA BULANAN ALIRAN TUNAI
Bagi bulan berakhir pada…..
ALIRAN KE DALAM
RM
RM
Pendapatan Bersih & Bonus
Pendapatan Dividen
Pendapatan Sewa Bersih
Lain-lain Pendapatan
Jumlah Aliran Ke Dalam
ALIRAN TETAP
Simpanan / Pelaburan Tetap
Caruman Insurans Nyawa atau Takaful
Ansuran Pinjaman Rumah
Ansuran Pinjaman Kereta
Gaji Pembantu Rumah
Jumlah
ALIRAN KELUAR BERUBAH
Cukai Dibayar
Makanan, Pakaian & Perbelanjaan Hiburan
Perbelanjaan Rumah (utiliti, bil-bil memperbaiki, dsb.) 
Kos Pengangkutan (bil membaiki kereta, cukai jalan, insurans & minyak)
Perbelanjaan Anak-anak (yuran, buku-buku, permainan, dsb.)
Elaun Bagi Ibubapa
Jumlah
Jumlah Aliran Keluar
ALIRAN TUNAI BERSIH (SURPLUS/ DEFISIT)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan