Rabu, 1 Jun 2011
dana Kecemasan
Anda mungkin pernah mendengar pepatah ini, “Apabila hujan, ia turun dengan lebat!” Ini adalah benar, lebih-lebih lagi dalam masalah kewangan kerana kesan gandaan. Oleh itu, kita dinasihatkan agar menyediakan satu Dana Kecemasan kita sendiri sebelum tsunami kewangan melanda! |
Prinsip Meminjam
“Nak pinjam ke tak nak pinjam…” itu biasanya bukan satu pilihan! Kebanyakan daripada kita akan perlu meminjam untuk membeli kereta pertama atau rumah pertama (malah untuk sebahagian daripada kita, untuk berkahwin!) Namun tidak ramai yang tahu prinsip asas meminjam. Sebelum kita berbincang mengenai meminjam, mula-mula mari kita memahami beberapa komponen utama suatu pinjaman. |
Selasa, 31 Mei 2011
Hati-hati Bila Berbelanja
Keadaan ekonomi sekarang merupakan waktu yang agak mencabar bagi kita; maka, inilah waktu yang terbaik untuk kita menilai kedudukan kita. Malah, adalah lebih penting untuk kita ketahui di mana kedudukan kewangan kita dan mula meniliti ke mana wang kita dibelanjakan. Jika tidak, kesukaran yang akan kita hadapi bukan hanya untuk bertahan, malah segala matlamat masa hadapan pun mungkin tidak tercapai. |
Hubungan Anda dengan Duit
“Perbelanjaan hidup saya jauh lebih besar daripada pendapatan, mungkin kami boleh dikatakan hidup berasingan.” - e.e. Cummings Jarang sekali kita mendengar orang bertanya kepada kita, “Bagaimana hubungan kamu dengan duit kamu?” Soalan ini agak sensitif tetapi secara jujur, jika anda diajukan soalan ini, bagaimana anda akan menjawapnya? Adakah anda berdua masih “bercakap” di antara satu sama lain, hidup berasingan atau yang lebih teruk lagi, “bercerai”? Memahami hubungan anda dengan duit amatlah penting dalam membantu anda menguruskannya dengan baik. |
Langgan:
Catatan (Atom)
